Life Update 2.0

Khamis, 1hb November 2018
9.06 pm
Dalam bilik tidur


Assalamualaikum dan selamat malam..

Masih berada di dalam situasi yang sama, aku masih menunggu nasi aku masak untuk makan malam. Hari kedua aku update blog aku ni. Sepanjang aku ada blog ini, tak pernah aku publish post aku dua hari berturut-turut ini. Ini sangat rare. Hahah. Apa salahnya kan? Meh kita teruskan update dalam blog ini. 

Anyway, aku lapar gila sekarang ini. Nasi aku dah masak dah ni. Baru sekejap tadi. Tapi kena tunggu dulu, bagi nasi tu kering sikit. Sekarang ini masih basah lagi. Kejap lagi aku nak masak udang. Aku tengah tunggu udang itu defrost kejap. Aku nak masak simple-simple je. Buat udang masak kunyit biasa. Uiiisshhh.... sedap tu bila terbayangkan udang dengan kerak-kerak kunyit! Ya Allah, tak sabar nak makan. Terliur dah mulut aku ini. Hahaha. Hidup aku ini senang je. Aku malas nak susah-susahkan diri aku. Sebab aku seorang je yang makan. So masak benda simple saja. Tak ada orang kacau. Sendiri yang rasa kepuasan itu. 

Okay.. kita tukar topik lain. Hari ini aku bekerja macam biasa. Cuma pagi tadi aku pergi hantar kereta adik perempuan aku dekat Proton Jalan Kapar untuk servis. Aku keluar rumah dalam pukul 7.50 am macam itu, sampai pejabat dalam pukul 8.15. Pergi la punch card sekejap memandangkan aku dah datang awal ini. Aku ada minta tolong officemate aku untuk ambil aku dekat Proton servis itu nanti. So alang-alang dia dah tolong aku ini, aku pun tolonglah punchkan kad dia. Lepas dah setel itu semua, aku turun bawah balik, lepas itu naik kereta pergi Proton servis itu. 

Bila dah sampai dekat sana, aku settlekan la apa yang patut dengan orang Proton itu. Officemate aku itu tengah tunggu dekat depan. Lepas dah selesai, aku pergi dekat kereta officemate aku tu then terus gerak pergi pejabat. Sebab waktu itu dah pukul 8.45 am macam tu. Bila dah sampai dekat pejabat, macam biasa. Aku set up la barang aku untuk mulakan kerja aku hari ini. Tapi masa itu perut aku dah berkeroncong. Bunyi-bunyi gendang dah keluar. Dah lah aku tak ada beli makanan tadi. So terpaksa pergi dekat kedai 7E yang dekat dengan pejabat aku ini, beli 2 maggi cup. Lepas itu, aku terus balik pejabat, bukak penutup maggi itu, lepas itu tuang air panas dalam bekas itu. Dah settle semua benda, aku tunggu la dalam 5-6 minit macam itu. Bila maggi itu dah lembik, aku gaul-gaul la sambil tiup-tiup maggi itu. Terus ngaappppp... makan maggi itu. Puas hati aku. Hahah. Aku makan maggi sambil tengok cerita korean pagi tadi. 


Dah habis makan maggi itu, aku terus start buat kerja aku yang dah bertimbun itu. Settlekan semua dokumen yang perlu simpan, issue payment then bagi ke account department. Lepas itu sambung buat green report untuk projek dekat Melaka. Tapi sambil-sambil buat kerja itu, aku sempatlah mengular sekejap. Tengok facebook ke, instagram ke, youtube ke, baca gosip artis ke. Hahahah. Tak berkat gaji aku hari ini. Hahaha. Tapi tak apa. Aku bukan jenis yang suka delay kerja. Walaupun aku suka main-main, tapi semua kerja aku siap. Normal la kan bila manusia perlukan rehat sebentar supaya nanti tak ada rasa stress waktu bekerja. Mana boleh buat kerja je sepanjang masa. Aku ini bukannya robot. Kadang-kadang robot pun perlukan rehat. Kena isi minyak untuk buat kerja dengan lebih baik nanti. So kita chill, wat lek je okay? Hahaha

Okay lah wey.. Dah panjang sangat ini aku bercerita. Aku ini jenis yang tak boleh berhenti kalau dah bercerita ini. Kang parah pulak kang. Dah jadi macam karangan dah ini. Nasi aku pun dah kering dah. Agaknya udang aku pun dah cair dah. So meh la kita makan ye. Jemput makan semuaaaa.... Ada masa nanti, aku update la blog ini yaaa....

Okay bye..... Peace out ^_^ v.... Wasalam..

Comments

Popular posts from this blog

20 January 2013

Life Update