Life Update

Rabu, 31hb Oktober 2018
7.50 malam
Dalam bilik tidur



Assalamualaikum dan selamat malam.

Lama dah tak update blog ini. Dah berkurun lama blog ini kena tinggal. Hahaha. Kali ini tiba-tiba ada mood nak buka blog ini balik. Tak tahu kenapa. Maybe sebab boring sangat kot sampai tak tahu nak buat apa benda dalam bilik tidur aku ini. Takpe lah. Alang-alang dah log in blog ni, apa salahnya aku bercerita dalam blog ini kan?

Sebenarnya, aku tengah tunggu nasi aku masak sekarang ini. Tadi balik lambat. Jalan jammed sebab hujan lebat. Sekarang ini hujan lebat kat rumah aku ni. Oh yee.. sekarang ini aku dah tak duduk dekat Serendah dah. Jarang duduk sana. Aku dah berhijrah ke Klang, bekerja dekat sini. Aku balik Serendah bila hujung minggu je. Depends. Kadang-kadang 2 minggu sekali balik, kadang-kadang setiap minggu balik dan kadang-kadang tak balik langsung. Tapi sejak dua menjak ni, setiap minggu aku balik rumah Serendah. Hahahaha. Sebab banyak sangat aktiviti keluarga aku ini. Kejap-kejap ajak pergi shopping mall, tak pun ajak pergi makan luar ke, tengok wayang ke, pergi rumah saudara ke. Macam-macamlah aktiviti yang keluarga aku buat. Aku cuma ikut je mereka. Ke hulur ke hilir pergi berjalan. Dah macam patung dah. Hahaha. Tapi tak apa. Walaupun penat, at least aku enjoy. Tak ada la terperap dalam bilik je macam orang tak ada life. 

Okay. Sekarang aku nak cerita pasal kehidupan aku yang dah bekerja ini. Memandangkan aku dah duduk Klang sekarang, so tempat ini dah jadi rumah kedua aku. Dah dekat setahun enam bulan juga la aku duduk dekat Klang ini dan bekerja dekat sini. Bulan November ini genap aku bekerja selama setahun. Sekejap saja masa berlalu. Aku kerja dekat bandar Klang ini. Kerja dengan syarikat developer. Rezeki aku dapat kerja dekat situ walaupun sebenarnya aku nak kerja dekat architect firm. Ye laa.. kan aku belajar architecture. Obviously la aku nak kerja dekat architect firm. Nak praktis apa yang aku belajar. Tapi Allah Maha Besar. Tuhan tu dah aturkan kehidupan aku macam mana. Dia tahu perkara yang terbaik untuk diri aku. Aku terima dengan hati terbuka. Lagi satu, syarikat ini adalah syarikat pertama aku bekerja dalam seumur hidup aku. Jadi aku bersyukur ada juga orang nak ambil aku yang tak ada pengalaman ini bekerja dengan mereka. Alhamdulillah. 

Aku bekerja sebagai Technical Assistant je dekat syarikat ini. Mula-mula orang pandang aku cikai je. Ingat aku tak pandai buat kerja. So mereka pandang rendah. Tapiii.... sekarang dah berubah. Aku jadi orang paling penting dalam syarikat. Sebab aku seorang sahaja yang tahu semua proses dan hal-hal yang berkaitan dengan technical. Contoh macam submission dekat online ataupun secara fizikal punya. Lepas itu, buat pelan ke or deal with consultant. Senang cerita semua benda pasal architecture, urban planning atau engineering, aku seorang saja yang boleh buat. Hahaha. Aku tiada niat nak riak, tapi itu adalah fakta. Aku bangga dengan semua itu. Sebab tak senang budak yang tiada pengalaman, dapat lakukan semua benda dengan secara lancar. Dan, aku juga nak tunjuk dekat officemates aku ini supaya mereka tidak pandang rendah dekat orang yang mereka tidak kenal lagi. Jangan terus cop orang baru macam orang tak berguna. Different person have different perspective and personalities. Don't easily judge a book by its cover. So yeah. I enjoyed with my work life. 

Okay, enough with all this. Aku nak bagitahu sesuatu ni. Bulan November ini bulan birthday aku. So siapa yang baik hati itu, bagilah hadiah ye. Hahaha. Kalau nak wish je, pun boleh. Aku tak kisah, janji ikhlas. Hahaha.Okay sekarang nasi aku dah masak. Dah sejuk dah pun. Hahaha. Kena panaskan balik. So sekarang ini aku nak masak lauk untuk aku makan malam ini. Setakat sini sahajalah aku bercerita. Kalau aku ada masa lagi, aku akan cuba update blog ini. At least 2-3 kali seminggu la.Cerita pasal kehidupan harian aku, tak pun cerita pasal perkara yang aku tak boleh nak share dengan siapa-siapa pun. Aku ini bukan popular pun. Tak ada orang pun nak baca blog aku. So aku berani la nak kongsi cerita pasal hidup aku ini. Hahaha. Okay lah, perut dah berkeroncong ini, kena makan supaya nanti dapat tidur lena. Hahaha .

Okay, bye. Peace out. Wasalam. 

Comments

Popular posts from this blog

20 January 2013

Life Update 2.0