Kembali Semula

Isnin, 2hb April 2018
2.23 petang
Pejabat


Assalamualaikum,

Setelah sekian lama tak update post dekat blog ini, saya kembali semula untuk update tentang kehidupan saya. Dah 5 tahun saya tinggalkan blog ni. Entah kenapa tiba-tiba tergerak hati nak mula update blog ini. So saya cubalah log in blog ini. Tak sangka pula blog ini masih ada. Ingatkan dah kena padam sebab dah lama tak log in. Saya terus tengok post-post lama. Memalukan. Hahaha. Ayat budak-budak sangat. Cringy sangat. Tapi saya tak nak delete post-post lama itu. Saya biarkan je. Buat sebagai kenangan zaman masa belajar dahulu. Boleh baca lagi sekali bila saya dah tua nanti. Hahaha. 

Anyway, niat saya nak aktifkan blog ini semula sebab saya nak ceritakan semua masalah, isi hati, kegembiraan dan kesedihan tentang kehidupan saya yang tak seberapa ini. Saya ingin jadikan blog ni sebagai diari saya. Online diari. Saya malas nak menulis. So, faham-fahamlah. Hahaha. Mungkin saya tidak akan kerap update post dekat blog ini. Tapi, saya akan cuba. Sebab inilah satu-satunya cara yang boleh saya luahkan perasaan yang terbuku di dalam hati saya ini. Perasaan suka duka saya. Dengan adanya blog ini, saya dapat tenangkan diri saya dengan cara meluahkannya di blog. 

Awak mesti terfikir ' Dia ini tak ada family ke, tak ada kawan ke nak sharing pasal masalah dia?'. Memang tidak dinafikan, saya masih ada keluarga dan kawan-kawan untuk kongsi masalah. Tapi mereka semua ini tak faham perasaan saya. Secara dasarnya, mereka semua nampak saya macam happy girl, tapi sebenarnya.... saya tak gembira pun. Bukannya tak gembira sepanjang masa. Kesedihan itu hanya datang bila saya termenung seorang. Bila saya terfikirkan tentang diri saya ini. Jadi, saya tak dapat nak luahkan kesedihan itu kepada mereka. Blog ini akan dapat membantu saya untuk luahkan perasaan itu dan melupakannya. 

InsyaAllah, saya akan gunakan blog ini sebaik-baiknya. Saya akan cuba update post tentang kehidupan saya sekerap yang mungkin. Mungkin tidak akan ada orang baca post saya ini, tapi tak apa. Saya tak kisah. Saya tak pernah mengharapkan pun sesiapa baca, Tapi, andai kata awak terbaca blog saya ini, saya berharap awak enjoy baca post saya dan enjoy life awak. Kita hanya hidup sekali seumur hidup. Saya berusaha untuk menikmati kehidupan saya ini. 

Okaylah, bos dah masuk pejabat. Berani betul saya update post dekat blog waktu tengah bekerja ini. Tak berkat gaji saya hari ini. Hahaha. Ada masa nanti, saya update lagi. Terima kasih kerana sudi baca post saya. 

Selamat tinggal.


Comments

Popular posts from this blog

20 January 2013

Life Update 2.0

Life Update