Hakikat Semalam, Hari Ini dan Esok



Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah impian.

Setiap insan inginkan kepastian
Kenangan untuk disimpan
Kenyataan untuk dihadapi
Impian untuk diangankan.

Kadang-kadang kenangan hendaklah dilupakan
Untuk menghadapi kebenaran kenyataan
Supaya impian yang diangankan menjadi kepastian
Kenangan pahit jadikan panduan
Yang manis jadikan peringatan.

Kenyataan yang mudah jangan dianggap remeh
Kenyataan yang sukar jangan diketepikan
Impian menggunung memakan diri
Tiada impian ibarat tiada sasaran
Tidak kira semalam, hari ini dan esok
Semuanya berkaitan umpama sebuah roda yang berputar.

Hari ini boleh jadi semalam
Esok sudah tentu menjadi hari ini
Namun semalam tidak mungkin menjadi hari ini dan esok
Kerana lumrah alam, masa tidak dapat diulang kembali.

Untuk memberi peringatan kepada insan memperbaiki diri
Di setiap langkah perjalanan menghargai detik dan ketika
Agar tidak menjadi sesalan
Manusia yang sering alpa hakikat semalam, hari ini dan esok
Kerana keangkuhan menguasai diri dan fikiran.

Bila hati payah mengingati Allah
Bila hati tidak bersyukur dengan kesenangan
Bila hati tidak sabar dengan kesusahan
Bila kurang terkesan oleh peringatan
Bila cintakan diri lupakan kawan
Bila cenderung pada haram dan dosa
Itulah petanda hati telah buta.

Paksalah hati mengingati Tuhan
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu ceduklah titisan peringatan.

Jauhilah yang haram dan syubhat
Carilah bimbingan solehin terdekat 
Bersahabat dengan orang yang baik
Pemurah, pemaaf dan bersedekah
Nescaya hatikan bercahaya semula!

Comments

Popular posts from this blog

20 January 2013

Life Update 2.0

Life Update